Program Cuti Sekolah @ NADI Kampung Meranti telah berlangsung dengan jayanya bermula 22 hingga 30 Disember, dengan pelaksanaan pelbagai aktiviti menarik dan berimpak tinggi melibatkan kanak-kanak, remaja serta komuniti setempat.
Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Esport melalui Pertandingan eFootball Peringkat Negeri yang berjaya menarik penyertaan golongan belia. Selain itu, program TinyTechies: Terokai Dunia Robotik memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai asas robotik dan teknologi digital.
Program DiLea (Tuisyen Rakyat Fun Lab Sains) turut dilaksanakan bagi meningkatkan kefahaman pelajar dalam subjek sains melalui pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan. Turut diadakan ialah Kidventure: Webinar Cuti Sekolah Bijak & Produktif yang membimbing pelajar memanfaatkan cuti sekolah secara lebih berfaedah.
Selain itu, Program Mahir melalui sesi taklimat dan pendaftaran Kursus Mahir Intake 3 telah memberi peluang kepada komuniti setempat untuk meningkatkan kemahiran praktikal. Program ini turut disokong dengan pengisian CyberSecurity (EduSiber) bagi meningkatkan kesedaran tentang keselamatan siber dan ancaman jenayah dalam talian.
Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif dalam menyediakan pengisian bermanfaat sepanjang cuti sekolah serta menyokong usaha NADI Kampung Meranti dalam memperkasa komuniti melalui pendidikan dan teknologi.


