PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

BENGKEL LATIHAN KEJURULATIHAN (TOT) KEMPEN INTERNET SELAMAT BERSAMA MPP UMK & UITM KELANTAN

11 Januari 2026, Ahad – Bengkel Latihan Kejurulatihan (Training of Trainers – ToT) Kempen Internet Selamat, anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), telah berlangsung dengan jayanya di UMK, dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMK, MPP UiTM Kelantan dan sokongan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).

Program ini melibatkan 5 staf MCMC dan 4 staf NADI sebagai fasilitator, yang membimbing peserta melalui pelbagai modul latihan mengikut lapisan umur bagi memastikan mereka berupaya menjadi agen penyampai maklumat yang berkesan dan berjaya.

Menurut penganjur, bengkel ini bertujuan melahirkan jurulatih terlatih yang bukan sahaja mampu menjadi agen perubahan dalam komuniti masing-masing, tetapi juga menyebarkan kesedaran mengenai penggunaan internet yang selamat, beretika dan bertanggungjawab. Pendekatan training of trainers memastikan impak kempen dapat diperluaskan secara menyeluruh dan mampan.

🌐 Internet Selamat, Tanggungjawab Bersama

Berita Berkaitan