PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

NADI E-SUKAN MADANI : MOBILE LEGEND MUSIM KE-4 (SARINGAN)

26 Jun 2026 – Pertandingan Mobile Legends Madani Musim Ke-4 peringkat saringan telah berlangsung dengan penyertaan daripada dua kumpulan yang bersaing bagi merebut peluang mewakili NADI ke peringkat negeri. Pertandingan ini dianjurkan sebagai platform untuk menggalakkan penglibatan golongan pelajar dalam aktiviti e-sukan yang sihat, kompetitif dan berfaedah.

Selain mengasah kemahiran permainan, program ini turut bertujuan memupuk nilai kerjasama berpasukan, pemikiran strategik dan semangat kesukanan dalam kalangan peserta. Diharapkan pertandingan seperti ini dapat terus menarik minat belia untuk menceburi dunia e-sukan secara positif serta melahirkan lebih ramai bakat e-sukan yang berpotensi pada masa hadapan.

Berita Berkaitan