PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

PROGRAM KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS) ANJURAN ReHAK BERSAMA PIBG SMU (A) DINIAH, BONGOR, PASIR MAS, KELANTAN

Selasa, 20 Jan 2026 – Program Kempen Internet Selamat (KIS) telah dianjurkan oleh Persatuan Kesihatan Reproduktif Kelantan (ReHAK) dengan kerjasama PIBG SMU (A) Diniah, Bongor, Pasir Mas, Kelantan telah dilaksanakan dengan jayanya.

Kempen ini memberi tumpuan kepada cabaran dunia digital dan salah guna teknologi yang boleh memberi kesan terhadap isu sosial dan  kesihatan reproduktif remaja, selaras dengan pelaksanaan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) di sekolah. Program ini merupakan usaha berterusan ReHAK untuk membimbing ibu bapa memahami isu sosial yang semakin meruncing dalam kalangan pelajar.

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Mas turut memberikan input berkaitan silibus PEERS, membantu ibu bapa memahami kandungan pendidikan yang diterapkan kepada anak-anak. Dalam masa yang sama, ReHAK menyampaikan taklimat berasaskan statistik dan perkembangan semasa masalah sosial berkaitan PEERS, yang menunjukkan trend peningkatan membimbangkan.

Dalam program ini, NADI telah mewakili Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menyampaikan taklimat khas kepada ibu bapa mengenai keselamatan digital dan risiko salah guna teknologi, menekankan peranan mereka dalam memantau, membimbing, dan mengawal aktiviti digital anak-anak bagi mengelakkan pendedahan kepada kandungan berisiko serta kesan negatif teknologi.

Pendekatan bersepadu ini menekankan kepentingan kerjasama antara pihak sekolah, ibu bapa, dan agensi berkaitan dalam melahirkan generasi celik digital, bertanggungjawab, dan sihat.

Berita Berkaitan