27 Ogos 2025, Rabu – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama NADI Kluster Pasir Mas telah melaksanakan Kempen Internet Selamat (KIS) di SK Kedai Tanjong. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berstruktur yang menekankan pembangunan literasi digital secara berperingkat, khususnya dalam kalangan murid sekolah rendah, selaras dengan keperluan pembentukan masyarakat bermaklumat.
Objektif utama KIS bagi murid Tahap 2 adalah untuk:
- Meningkatkan tahap literasi digital asas dalam kalangan murid agar mereka mampu menggunakan teknologi secara berhemah.
- Menjelaskan~ rasional had umur minimum 13 tahun bagi penggunaan media sosial, berasaskan kepada faktor perkembangan psikososial dan risiko keselamatan siber.
- Mengukuhkan kesedaran tentang risiko dan ancaman dalam talian, termasuk buli siber, penipuan digital, pencerobohan privasi serta pengantunan siber (online grooming).
- Menggalakkan penerokaan alternatif bermanfaat sebagai sebahagian daripada strategi pencegahan terhadap ketagihan gajet dan pendedahan tidak terkawal.
Program ini dilaksanakan bersama 2 fasilitator berpandukan modul rasmi KIS yang mengandungi lima segmen utama:
- Penetapan Minda: Aktiviti Pecah Ruyung sebagai pengenalan konsep kolaboratif.
- Pelajaran 1: Literasi Digital (pengenalan konsep asas penggunaan Internet).
- Pelajaran 2: Had Umur Penggunaan Media Sosial (rasional 13 tahun ke atas).
- Pelajaran 3 & 4: Bahaya Media Sosial (pendedahan kepada ancaman dan kesan jangka panjang).
- Pelajaran 5: Alternatif Kepada Media Sosial (pembentukan gaya hidup seimbang).
Melalui pelaksanaan aktiviti ini, murid telah menunjukkan kefahaman yang lebih baik terhadap penggunaan Internet secara selamat serta lebih peka terhadap risiko dunia maya. Program ini diharap dapat menjadi platform berterusan untuk melahirkan generasi celik digital yang bukan sahaja mahir menggunakan teknologi, malah bijak membuat pilihan ketika berada di alam maya. Semoga segala ilmu dan kesedaran yang diperoleh pada hari ini menjadi panduan kepada murid-murid dalam mengharungi dunia digital dengan lebih selamat dan beretika.
 
								 
															 
															

