12 Februari 2026, Khamis – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Kelantan dengan kerjasama NADI Kluster Pasir Mas telah melaksanakan Kempen Internet Selamat (KIS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Lati, dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
Program ini melibatkan penyertaan empat buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Penggu, Sekolah Kebangsaan Tanjong Chenak, Sekolah Kebangsaan Lati serta Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Lati dengan jumlah kehadiran seramai 48 murid dan 12 guru.
Pelaksanaan kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran awal dalam kalangan murid Tahap 2 mengenai penggunaan internet secara selamat, beretika dan bertanggungjawab. Pengisian program memberi penekanan terhadap pematuhan had umur minimum penggunaan media sosial, pendedahan kepada risiko persekitaran digital serta galakan kepada aktiviti dalam talian yang lebih positif dan bersesuaian dengan perkembangan usia.
Melalui pendekatan modul pengajaran interaktif yang dikendalikan oleh empat fasilitator, program ini berjaya memperkukuh kefahaman murid tentang keselamatan siber dan seterusnya membentuk amalan penggunaan teknologi yang lebih berhemah serta seimbang.
#KempenInternetSelamat
#MCMC
#NADIKelantan


