27 Oktober 2025, Isnin — Siri Webinar Strategi Perniagaan Usahawan NADI 2026 anjuran Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) telah bermula dengan sambutan menggalakkan daripada para peserta usahawan tempatan.
Hari pertama menyaksikan tiga slot menarik yang dikendalikan oleh mentor berpengalaman:
1️⃣ Refleksi 2025 – Rancang Bisnes Padu untuk 2026! oleh Tengku Ismith Tengku Ilham
2️⃣ Design Pintar Guna Canva AI: Promosi Akhir Tahun Tanpa Pening Kepala! oleh Najmi Aliff
3️⃣ “Power Pitch Deck”: Guna Canva Sediakan Pembentangan Berimpak oleh Najmi Aliff
Setiap sesi menekankan strategi penting dalam merancang, mempromosi dan mempersembahkan perniagaan dengan lebih profesional menjelang tahun 2026.
Program ini diadakan secara atas talian (webinar) dan berjaya menarik penyertaan daripada usahawan komuniti NADI Kampung Meranti serta peserta dari seluruh NADI Malaysia yang menunjukkan minat mendalam terhadap penggunaan teknologi dalam keusahawanan.
Menurut salah seorang peserta, kelas ini sangat bermanfaat kerana membimbing usahawan cara memanfaatkan AI dan Canva dalam strategi pemasaran digital, sekaligus memudahkan kerja promosi perniagaan.
Siri webinar ini akan berlangsung hingga 31 Oktober 2025 dengan pelbagai topik lain seperti kewangan, AI untuk bisnes, pengurusan, dan motivasi keusahawanan.
 
								