PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

SENAM SIHAT MADANI MERDEKA 2026

Program Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 telah diadakan pada 29 Ogos 2026 (Sabtu), dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi bertempat di NADI seluruh negara, termasuk NADI Kampung Meranti. Program ini telah disertai oleh seramai 34 orang peserta dengan bimbingan tiga orang coach Senam Sihat. Penganjuran program ini merupakan salah satu usaha menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat, di samping memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Aktiviti senam sihat memberikan pelbagai manfaat kepada kesihatan fizikal dan mental. Antaranya ialah membantu meningkatkan kecergasan tubuh badan, menguatkan otot dan meningkatkan stamina. Aktiviti fizikal secara berkala juga dapat membantu mengurangkan tekanan, meningkatkan mood serta memberikan lebih tenaga untuk menjalani aktiviti harian. Selain itu, senam secara berkumpulan dapat mewujudkan suasana yang lebih ceria dan menyeronokkan, sekali gus menggalakkan peserta untuk kekal aktif.

Melalui program ini, peserta bukan sahaja dapat melakukan aktiviti fizikal dalam suasana yang santai dan positif, malah dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti. Program Senam Sihat Madani Merdeka turut mencerminkan usaha membudayakan kesejahteraan dan gaya hidup sihat dalam masyarakat selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati. Penglibatan komuniti secara aktif juga dapat membentuk masyarakat yang lebih sihat, cergas dan prihatin terhadap kepentingan penjagaan kesihatan.

Berita Berkaitan