1 April 2026, Rabu – Program Outreach Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diadakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Meranti hari ini menerima sambutan yang baik daripada penduduk setempat.
Program yang berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 3.00 petang itu menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti semakan penyata, pengaktifan dan pendaftaran i-Akaun, i-Saraan dan i-Suri, caruman sukarela, pendaftaran Shariah, penamaan, semakan khairat kematian serta kemudahan i-Sayang, i-Invest dan Voluntary Excess.
Melalui kehadiran pegawai KWSP menerusi perkhidmatan Mobile KWSP, penduduk berpeluang mendapatkan khidmat nasihat secara terus tanpa perlu ke pejabat KWSP di bandar. Program ini turut menarik penyertaan pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan belia, ibu bapa dan warga emas.
Pihak NADI Kampung Meranti merakamkan penghargaan atas kerjasama yang dijalinkan, kerana penganjuran program ini memberikan manfaat besar kepada komuniti setempat, khususnya dalam meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan perancangan kewangan dan simpanan masa depan.

