17 Mei 2025 – Program NADI Bersama Komuniti Madani Meranti telah diadakan di NADI Kampung Meranti bermula jam 10.00 pagi, dengan penyertaan ahli komuniti Madani Meranti yang hadir bagi mengikuti sesi pengisian berkaitan kemahiran asas komputer.
Program kali ini memberi fokus kepada pendedahan asas penggunaan perisian Microsoft Word serta panduan menulis memo secara teratur dan profesional. Peserta diperkenalkan dengan fungsi asas dalam Microsoft Word seperti penciptaan dokumen, format teks, dan teknik penyimpanan fail. Selain itu, sesi turut diserikan dengan latihan praktikal mengenai cara penyediaan memo yang berkesan dalam urusan seharian.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran asas teknologi dalam kalangan komuniti, khususnya penduduk luar bandar, agar mereka tidak ketinggalan dalam era digital yang semakin mencabar.
Sambutan yang diterima amat menggalakkan, menunjukkan minat dan kesedaran tinggi dalam kalangan peserta terhadap kepentingan penguasaan kemahiran digital. Program seumpama ini dijangka akan diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu usaha berterusan memperkasakan komuniti melalui pendidikan dan pendedahan teknologi.


