PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

PROGRAM AKADEMI ASAS PENERANGAN DAN PROGRAM TAKLIMAT ISU SEMASA BERSAMA JAPEN PASIR MAS PERINGKAT DUN GUAL PERIOK DI NADI KG BUKIT TANDAK, RANTAU PANJANG

5 September 2026 – Petugas NADI Kampung Meranti telah menghadiri Program anjuran Jabatan Penerangan (JAPEN) Daerah Pasir Mas di NADI Tendong pada 5 September 2026.
Program telah dimulakan dengan taklimat daripada JAPEN yang merangkumi pengucapan awam serta perkongsian berkaitan isu semasa. Antara perkara yang dibincangkan ialah krisis bekalan global, isu inisiatif dasar Kerajaan, RCI Tabung Haji dan Bantuan Sara. Taklimat ini memberi pendedahan kepada peserta tentang isu semasa yang memberi kesan kepada kehidupan dan kesejahteraan komuniti.

Selain itu, Petugas NADI Kg Bukit Tandak turut menyampaikan taklimat modul ringkas dewasa iaitu Kempen Internet Selamat . Peserta di berikan pendedahan tentang keselamatan internet. Perkongsian ini membantu meningkatkan kefahaman dan kesedaran kepada peserta terhadap cara penggunaan internet dengan selamat dan berkesan dalam menyebarkan sesuatu perkara.

Program turut diteruskan dengan pengenalan AI yang memberi fokus kepada perkongsian dalam penghasilan membuat poster dan video dengan menggunakan AI. Peserta didedahkan kepada asas penyampaian cerita dalam memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam menghasilkan bahan sebaran maklumat dan kandungan digital. Secara keseluruhannya, perkongsian ini dapat meningkatkan kemahiran digital komuniti, khususnya dalam menghasilkan kandungan kreatif dan menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan.

Berita Berkaitan