28 Ogos 2026 (Jumaat) – NADI Kampung Meranti telah menghantar wakil menyertai Pertandingan NADI E-Sukan MADANI Legends Musim Ke-4 bagi peringkat Negeri Kelantan yang yang menghimpunkan penyertaan daripada 79 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di seluruh Kelantan.
Pertandingan dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan Peringkat Kumpulan secara dalam talian pada 28 Ogos 2026 (Jumaat), diikuti Peringkat Playoff secara dalam talian pada 29 Ogos 2026 (Sabtu). Format pertandingan ini memberi ruang kepada pasukan yang bertanding untuk menunjukkan prestasi terbaik sebelum mara ke peringkat seterusnya. Sebanyak lapan pasukan terbaik akan berentap dalam Peringkat Akhir yang dijadualkan berlangsung secara bersemuka pada 31 Ogos 2026 (Isnin).
Penganjuran NADI E-Sukan MADANI Legends turut memberi manfaat kepada komuniti dengan menyediakan platform untuk golongan muda mengembangkan bakat dan potensi dalam bidang e-sukan. Selain membina semangat kesukanan dan daya saing secara sihat, aktiviti ini menggalakkan penggunaan kemudahan digital NADI secara produktif serta memperkukuh hubungan dalam kalangan komuniti. Penyertaan dalam pertandingan juga dapat menjadi pengalaman berharga kepada peserta dalam membina kemahiran pengurusan emosi, disiplin dan kerja berpasukan.


