1 November, Sabtu— Pertandingan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) Siri 3 Negeri: Peringkat Kumpulan telah berlangsung dengan penuh semangat di seluruh NADI Kelantan hari ini, bermula dari jam 9.30 pagi hingga 2.00 petang.
Program ini melibatkan penyertaan aktif daripada seluruh komuniti NADI di negeri Kelantan, yang menampilkan pasukan-pasukan hebat bersaing untuk merebut tempat ke peringkat seterusnya.
Pertandingan ini diadakan bagi menggalakkan penglibatan belia dalam dunia e-sukan secara sihat dan berdaya saing, selain mengukuhkan nilai kerjasama, strategi, dan semangat kesukanan dalam kalangan peserta.
Pasukan yang berjaya menempah kemenangan di peringkat kumpulan ini akan mara ke peringkat kalah mati yang dijadualkan berlangsung pada 8 November 2025.
Suasana pertandingan di setiap NADI cukup meriah dengan sorakan penyokong dan semangat kesukanan tinggi yang ditunjukkan oleh para peserta. Program ini juga menjadi platform untuk mengetengahkan bakat-bakat baharu dalam arena e-sukan di negeri Kelantan.


