NADI Kampung Maranti dan NADI Kampung Repek telah berjaya menganjurkan Program Kempen Internet Selamat yang melibatkan seramai 128 orang pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 serta 2 orang guru. Program ini dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai kepentingan penggunaan internet secara bijak, beretika dan selamat selaras dengan usaha melahirkan masyarakat digital yang bertanggungjawab.
Sepanjang program berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan beberapa modul penting seperti Maklumat Palsu, Jejak Digital, Red Flag dan Buli Siber. Melalui perkongsian dan aktiviti interaktif yang dijalankan, pelajar diberikan pendedahan mengenai cara mengenal pasti risiko di alam siber, melindungi privasi diri serta mengamalkan penggunaan media sosial secara berhemah.
Secara keseluruhannya, program ini telah mencapai objektif yang ditetapkan dengan berjaya memberi pengetahuan dan kesedaran kepada para pelajar tentang keselamatan internet. Para peserta kini lebih memahami kepentingan menjaga keselamatan akaun media sosial, mengelakkan penipuan dan buli siber serta lebih berhati-hati sebelum berkongsi maklumat di platform digital. Diharapkan penganjuran program seperti ini dapat terus melahirkan generasi muda yang celik digital, beretika dan mampu menggunakan internet secara selamat dan bertanggungjawab.


